Fesyen De Raya

Sempena Aidilfitri 2009, Ija dijemput untuk showcase koleksi kebaya Ija untuk rancangan RTM2 Fesyen De Raya yang dihoskan oleh Natasha Hudson.

Rancangan disiarkan setiap ahad bermula 1 Ramadahan hinggalah raya ke-7. 5 episod semuanya. Jadi, Ija sekeluarga pun tunggulah depan TV setiap ahad pagi 1030 tanpa gagal. Dari minggu ke minggu kami tunggu, tak juga tersiar episod koleksi Ija sampailah episod yang terakhir barulah segmen fesyen kanak-kanak disiarkan. Bila tengok segmen Ija ke udara, Ija terus telefon sedara mara, sahabat handai dan taulan lah... hehe... kecoh juga lah.

Penggambaran untuk sesi temu ramah ni dibuat di apartment Ija di Damansara Perdana sebelum Ija berpindah ke rumah sekarang.Semua krew penggambaran bersesak-sesak lah di rumah Ija yang sempit tu. Dengan peralatannya, dengan krew yang ramai lagi.... tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun banyak kali tersasul dan kena "cut"..

Untuk sesi fashion show, penggambaran di ambil di sebuah studio yang di sewa di Bandar Sri Damansara dari petang sampai malam. Ija bawa sekali anak Ija, Natasha dan Maleeya (anak kawan Ija, Aini) sebagai model Ija selain 2 orang lagi yang disediakan oleh pihak production house.

Natasha memperagakan baju kebaya bandung (gambar di atas) yang menggunakan kain sulaman putih dikenakan dengan kain sulaman benang emas buatan India. Natasha dan Maleeya betul-betul buat runaway kecoh dengan aksi mereka yang a-la pro tu. Kelakar tengok kerenah mereka berdua yang sentiasa riang dan ceria dengan pose yang memukau...


Inilah Maleeya, berdarah kacukan Melayu-Afro American yang mirip Mariah Carey tu... Maleeya baru berusia 3 tahun tapi beraksi macam model profesional.

Ija ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Sue & Nizam dan juga Aini & Maleeya yang banyak membantu Ija mempersiapkan diri untuk rancangan ini.

Welcome!

This store is powered by Ecwid - Shopping Cart. If you your browser does not support JavaScript, please proceed to its simple HTML version.